Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim meluahkan rasa gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini adalah lelaki.

“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki. Malah, naluri keibuan saya mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.

“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya.

Sementara itu, suaminya Mohd Suhaimi Saad berkata dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Sebelum ini, pasangan tersebut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2.