Free FM Live Radio On9

Free FM Live Radio on9 and world news from various categories of music radio online and news worldwide. The internet radio will be broadcasting and streaming live to your computer. That is the power of online streaming radio!
http://live-radio-on9.blogspot.com/


Selamat Pengantin Baru Nurul Wahab & Eric Depp


nurul
Dengan sekali lafaz, penyanyi yang popular dengan lagu 'Kerana Terluka, Nurul Wahab telah pun selamat menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp tepat jam 12.20 tengah hari tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan hantaran RM20,000.

Nurul begitu anggun dalam busana hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Deq Sha.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dari kedua-dua pihak.

Antara rakan artis yang memeriahkan majlis ini adalah Ning Baizura, Zahida Rafik serta Ieda Moin dan Syah Syamsiri yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Tahniah MH ucapkan kepada pasangan ini. Semoga ikatan yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment