Anak keduanya yang diberikan nama Nur Amna Qeesyara itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram.

"Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin selepas dimasukkan ke hospital tengah hari semalam. Syukur sebab isteri saya dan anak berada dalam keadaan selamat," ujar Lan.

Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Amna Qaleesya yang kini berusia setahun 10 bulan.