BERITA kematian Sofi Jikan yang tersebar di laman sosial Twitter dan
Facebook pagi semalam, ternyata hanya satu khabar angin dan salah faham.
Menurut rakan terdekat pelakon itu, Sofi masih ditahan di Unit Rawatan
Rapi, Hospital Subang Jaya kerana demam denggi dan individu yang
meninggal dunia itu adalah adik Sofi.
Sebelum ini, Sofi telah memenangi anugerah Watak Penyangak Terhebat
menerusi lakonan beliau dalam filem Jalan Kembali Bohsia 2 di malam
anugerah BlockBuster 2 yang berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis
Bandaraya Johor Bahru), Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment