Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut
fahaman syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas
dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada
banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti
berikut.
Kelompok pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji
kelebihan), iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga
Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi;
Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak
mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman
sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema
atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal
(harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang
yang lebih baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi
khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada
mereka semua. Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya
di Yaman.
Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti
di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan
Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana
mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan
isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah
ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar
keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang
mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.
Mereka
adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini,
antaranya; Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di
Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini
bahaya dan tidak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda.
Akidah
mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita setakat berbeza
fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka
mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita.
Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar
mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka
menulis Al Quran. Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang
ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.
Mereka memiliki
akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak
ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk
menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan
menyembunyikan kepercayaan mereka.
Lihatlah sambutan Asyura yang
setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan
sahabat Nabi yang lain. Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat saya,
kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama
syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada
batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka
sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah
tersebut.
Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak
buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan
Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa
laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa
tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah
dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan
mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut
adalah hari kematian Husain.
Kepercayaan mereka berbeza dengan
ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi ahlus
sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan
menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan
ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak
kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
Mereka
menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan
kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga
Nabi). Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan
syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang
bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.
Syiah yang ketiga,
dan ini yang paling pelik. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di
sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah
yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan).
Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya
simbolik semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril
tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu
disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.
Akidah begini merupakan
akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang dengan banyak
nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria –
mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf
Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di
Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.
Cara mengenali mereka
Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.
Langkah
Pertama: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga
Nabi). Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum
keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk
fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu
bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum
keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan
daripada kaum keluarga Nabi.
Mereka membawa dalil-dalil daripada
Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi. Kita
perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling
cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai
dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan)
yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Kita perlu sayang
dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan
yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan
kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,
لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها
Maksudnya: “Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.
Sayang
ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka
bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua
iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya
memaksumkan mereka.
Langkah kedua: Mereka mempopularkan imam-imam
mereka; Khomeini. Antara slogan mereka, “Saya tidak bercakap tentang
akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang
perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan
Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.”
Mereka bertujuan
membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali
mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari
Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang,
menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa,
mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga
dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina
tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari
juga.
Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika
tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru
terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda
mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.
Sebab itu ulama apabila
membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman,
yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan,
di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini
adalah syiah rafidhah Imam 12.
Syiah sering bercerita tentang
imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai
pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinanlah dia
pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji P.
Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah
boleh diterima cerita seperti itu? Tidak boleh kerana orang tahu dia
jahat, melakukan banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga
Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat
Nabi SAW.
Andaikan saya mencerca dan mengkafirkan bapa kepada
salah seorang kalian, adakah kalian mahu mendengar ceramah saya? Jadi
bagaimana kita boleh memuji memuja dan mengangkat nama-nama orang yang
mengkafirkan sahabat Nabi?
Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang
menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai
imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi
sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW,
beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi
sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.
Bagaimana kita boleh
mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan
mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA
merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas,
pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi
Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak
berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman
RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu
malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita
boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat
Nabi ini.
Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis,
lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua
hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.
Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.
Jadi
apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita,
begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka
dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang
mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.
Menyebarkan syiah melalui perkahwinan
Orang
Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah
melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar
lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang,
janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada
apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung.
Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.
Di sebelah Afrika
mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik,
Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata
Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana
lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan
terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya,
apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar
menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat)
iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.
Itu
sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah
mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini,
Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat
Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan
nama atau akidah?
Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius.
Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama
seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak
taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di
Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak
boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.
Syiah
memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita
sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis
dari para sahabat yang mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17
ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah
tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi
al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran
mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran
mereka.
Syiah Agama Politik
Pada hari ini mereka turut
datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air. Kita
perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu
rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan). Setelah mendapat
negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.
Maka sebab
itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam
yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Saya tidak
kira mereka berada dalam parti mana. UMNO jangan sekali-kali bagi ruang
syiah masuk ke dalam parti. Bagi ahlus sunnah sahaja masuk. Itu sedikit
berkaitan syiah.
Wallahu-A’lam.
No comments:
Post a Comment