Free FM Live Radio On9

Free FM Live Radio on9 and world news from various categories of music radio online and news worldwide. The internet radio will be broadcasting and streaming live to your computer. That is the power of online streaming radio!
http://live-radio-on9.blogspot.com/


Gambar Lesen Memandu Baru 2013

Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pengeluaran Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989. 

Pelaksanaan lesen baharu itu akan diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November tahun ini. 

Pemangku Menteri Pengangkutan. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi. 


Menurutnya, kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan. 

"Pembaharuan ini adalah kerana lesen yang sekarang digunakan telah digunakan sejak 1989 dan tidak pernah dinaiktaraf. 

"Jadi, pembaharuan dengan ciri-ciri keselamatan yang baharu ini saya harap dapat meyakinkan orang ramai bahawa kita proaktif dalam memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani dengan lesen ini," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di JPJ Wilayah Persekutuan, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment