
“Pertama kali saya tonton klip video parodi itu, saya ketawa besar. Bobo
sangat lucu! Tak sangkat video itu jadi popular. Biarpun ada yang
memberi kritikan negatif terhadap Bobo tapi bagi saya dia sangat
menghiburkan. Saya tak marah pun pada dia dan tak rasa dia rosakkan lagu
saya.
“Kelmarin kami berpeluang bertemu dengannya dan sama-sama membuat persembahan di Anugerah Blockbuster 2. Mulanya dia malu-malu dengan saya tapi lama-lama dia okay. Saya gembira dapat bergabung membuat persembahan bersamannya.
Sementara itu, di minta mengulas mengenai tindakan Bobo yang seolah- olah seperti sengaja mengangkat skirtnya ketika persembahan tersebut, Shae berkata,

“Iya ka? Saya tak sedar pula dia buat macam tu. Mungkin itu hanya spontan. Saya okay saja. Lagipun memang skirt saya itu rekaannya begitu. Tiada apa-apa”, ujarnya.
Perkembangan lain, Shae juga ada menerima tawaran lakonan di sini malah dia baru selesai beberapa penggambaran telemovie. Namun dia merahsiakan judul-judul telemovie tersebut kerana dia sendiri mahu memberitahu kepada peminat-peminatnya menerusi laman Twitter, apabila masa tayangannya sudah hampir nanti.
No comments:
Post a Comment