
Faizal Tahir 'Berehat' Sertai AJL
Baru-baru ini, menerusi rancangan Muzik-Muzik 27 pada 1 September lalu
di TV3, penyanyi popular, Faizal Tahir menyatakan yang dia mahu berehat
dari menyertai acara berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).
"Untuk tahun ini saya mengambil keputusan untuk tidak mempertandingkan
atau mencalonkan lagu saya di Muzik-Muzik kerana mahu berehat dahulu.
"Keputusan ini sudah lama difikirkan sejak tahun lalu lagi iaitu selepas di AJL 26," ujarnya menerusi program tersebut.
Ditanya sampai bilakah dia akan berehat, jawabnya;
"Tidak tahu lagi sampai bila, tapi buat masa ini memang mahu berehat dahulu."
Sebelum ini, di pentas AJL Faizal pernah mempertaruhkan lagu 'Karma',
'Sampai Syurga' dan 'Selamat Malam'. Namun, rezeki belum berpihak
kepadanya apabila gagal bergelar Juara Lagu.
No comments:
Post a Comment