Peruntukan Sebanyak RM2.2 bilion Untuk
Imbuhan Aidilfitri Akan Dibayar Pada Semua Kakitangan & Pesara
Kerajaan Pada 9 Ogos Ini. Alhamdulillah
Pasti ramai yang dah mendengar berita baik ini. Alhamdulillah buat
kakitangan & pesara kerajaan. Adalah duit tambahan untuk menampung
perbelanjaan raya nanti, selain sebagai duit raya untuk tahun ini.
Apapun, berbelanjalah dengan berhemah untuk bonus yang diperolehi kali
ini. Pasti anda dah terbayang & berkira2 untuk membelanjakannya di
mana & untuk apa, kan? ;)
Berikut adalah petikan dari akbar UM hari ini:
" KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar
bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat
awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa
kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada
pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di
sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta
penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat
berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan
sebanyak RM2.2 bilion."
No comments:
Post a Comment