Bekas Personaliti TV3, Ras Adiba Mohd Radzi berdepan saman berjumlah
RM3.2 juta oleh Pengarah Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik
Hussein kerana didakwa telah melanggar perjanjian kontrak mengenai
penjualan saham.
Nik Fauzi menfailkan saman tersebut pada 3 Mei lalu menerusi Tetuan KC Tang & Co di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Menerusi penyataan tuntutan, plantif mendakwa beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham tersebut kepada bekas Penyampai Berita Edisi 7, NTV7.
Jelas Nik Fauzi, pada 24 Julai 2006, beliau dan Ras Adiba telah memeterai perjanjian penjualan saham dan ia disetemkan pada 2 Ogos 2006. Nik Fauzi turut mendakwa bahawa Ras Adiba mempunyai kuasa dan kawalan terhadap pengstrukturan syarikat dan ia menjadi tujuan Ras Adiba membeli saham tersebut.
Namun Ras Adiba dikatakan gagal dan telah menyebabkan syarikat berdepan dengan masalah kewangan.
Tambahnya, Ras Adiba sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta tetapi gagal berbuat demikian dan telah memungkiri perjanjian.
Sementara itu, selain menfailkan saman ganti rugi berjumlah RM3,288,172, Nik Fauzi turut menuntut deklarasi bahawa defenden memungkiri Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 24 Julai 2006, faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain.

No comments:
Post a Comment