Universiti Teknologi Mara UiTM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan Festival Filem dan
Video Pelajar ke sembilan (FFVPM9) dari 21 hingga 23 Jun 2012.
Bertempat di kampus induk Shah Alam, festival yang memasuki sembilan tahun usia penganjurannya dilihat sebagai landasan tepat untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mempamerkan karya mereka.
Bertemakan 'Anjakan ke Arah Transformasi', festival ini bakal menjadi salah satu pemangkin ke arah perubahan yang positif dalam penghasilan karya lebih kreatif dan melahirkan generasi cendekia filem yang bersedia menerima transformasi.
Selain mempertandingkan tujuh kategori yang telah menarik 251 penyertaan, festival tiga hari ini turut menyelitkan pelbagai program termasuk seminar tentang pembikinan filem dan video serta pameran.
Menerusi temuramah bersama Sinar Harian, 'orang kuat' yang menerajui penganjuran festival kali ini, Profesor Madya A Razak Mohaideen menyatakan kualiti penyertaan karya yang dipertandingkan melebihi jangkaan.
"Seramai 10 juri luar dipilih berdepan kesukaran memilih lima terbaik kerana saingan cukup sengit. Ini membuktikan bahawa setiap karya dipertandingkan memang memiliki kualiti dan kreativiti yang melebihi piawaian. Lebih mengagumkan, ada hasil kerja penuntut ini setanding dengan karyawan profesional yang bergiat dalam industri. Malah, mereka juga bijak menggunakan teknologi baru dalam bidang produksi bagi menghasilkan karya bermutu," ujarnya.
Bercakap tentang impak yang diberikan oleh festival ini terhadap industri seni di Malaysia, Razak mempunyai jawapannya sendiri;
"Penglibatan mereka di FFVPM secara tidak langsung mampu membuka mata orang industri untuk melihat sendiri potensi pelapis ini. Contoh terdekat ialah Farid Kamil yang pernah mempertandingkan karyanya di FFPVM. Lihatlah, dia kini tersenarai antara pengarah muda yang berjaya," ujarnya lagi.

No comments:
Post a Comment