Kebiasaannya, mana-mana artis baru memang ternantikan panggilan telefon, twitter atau facebook daripada media untuk tujuan publisiti atau promosi. Media juga memerlukan artis untuk menyediakan kandungan akhbar terkini sebagai santapan pembaca. Pendek kata, kedua-dua pihak saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan media & artis ini di satu tahap boleh jadi kawan rapat disebabkan selalu bertemu di lokasi persembahan atau kedai mamak.
Walau bagaimanapun, tradisi media & artis ini tidak diendahkan oleh seorang artis remaja baru yang dicedok daripada Youtube ini. Baru-baru ini, kami melihat sendiri kepayahan seorang wakil program tv yang cuba mendapatkan nombor telefon daripada penyanyi gadis cilik ini.
Kami melihat twitter wakil program itu kepada penyanyi berkenaan beberapa hari lalu.
Sebenarnya, wakil program itu merancang untuk menampilkan penyanyi muda ini dalam sebuah program amal sempena bulan Ramadhan di luar ibu negara. Dan kalau tak silap, program itu bakal diadakan di negeri yang sama dengan tempat tinggal penyanyi itu. Wakil program ini pada awalnya kagum dengan bakat yang dimiliki oleh gadis cilik ini, apatah lagi umur penyanyi itu yang belasan tahun amat sesuai untuk meraikan tetamu yang terdiri dari keluarga kurang berkemampuan bersama anak-anak mereka.
Melalui twitter-nya, wakil program tv itu menanyakan kemungkinan penyanyi itu berminat dengan program berkenaan dan selepas beberapa jam, apa yang kami lihat, penyanyi itu menjawab – sangat berminat! Ya, kami memang sentiasa membaca twitter artis kita ni.
Apabila menerima jawapan dari artis itu, dengan segera wakil program itu meminta nombor telefon untuk dihubungi. Lazimnya, pada pengalaman kami, artis tak akan memberikan nombor telefon mereka sebaliknya memberikan nombor pengurus. Tetapi ada juga artis yang memberikan nombor mereka sebab orang media ni nak nombor telefon bukan nak dijaja atau nak ajak join MLM. Untuk kebaikan artis tu juga kan.
Apabila twitter menanyakan nombor untuk dihubungi, artis itu terus senyap. Tak tahu’lah tak mahu jawab ke, sibuk ke.
Kami turut mencuba menghantar tweet kepada artis ini, tetapi turut tak menerima apa jawapan. Pelik tak?
Manakala wakil program tv tu, tak putus asa, dia hantar lagi mesej menanyakan nombor untuk dihubungi, tetapi sama juga, tiada jawapan. Yang peliknya, sehari beberapa mesej dihantar melalui twitter, ternampak juga update twitter dari artis ini. Takkan dia tak nampak mesej itu? Atau memang sengaja nak hindar dari menjawab? Atau sebab bajet artis, so tak ada keperluan nak menjawab?
Dan kami bertambah pelik, ada pula dia muncul dalam satu program televisyen secara live. Bila tengok macam tu, kami buat kesimpulan, mungkin program amal tak komersial untuk artis ini kot.
Kalau dia beri alasan enggan memberi nombor telefon melalui twitter, untuk makluman artis ini, di twitter ada fungsi Direct Message di mana mesej hanya boleh dibaca penerima sahaja. Bukan untuk public.
Kami pernah melihat artis otai seperti Altimet yang pernah dijemput melalui twitter, cepat je dia respons. Kan bagus macam tu. Pada kami, twitter kan salah satu cara kita berkomunikasi sejajar dengan peredaran masa. Kalau tak mahu dihubungi melalui twitter, baik tutup je, kan?
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment