Free FM Live Radio On9

Free FM Live Radio on9 and world news from various categories of music radio online and news worldwide. The internet radio will be broadcasting and streaming live to your computer. That is the power of online streaming radio!
http://live-radio-on9.blogspot.com/


Panas, Sam tetap Sam

Tiada apa yang berubah biarpun selepas bergelar Bintang Paling PοрυƖаr
LAKONAN Shaheizy Sam sudah teruji apabila bergelar Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 tahun lalu. Dia juga mempunyai aura tersendiri di layar perak apabila kebanyakan filem lakonannya berjaya meraih kutipan pecah panggung.
Dari segi populariti, gelaran Bintang Paling PοрυƖаr di Anugerah Bintang рοрυƖаr Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) sudah berada di genggamannya. Ini membuktikan sokongan peminat yang cukup kuat ke atas dirinya.
Tapi paling penting, kasihnya pada ibu memang tidak pernah berbelah bahagi. Tidak jemu-jemu Shahiezy Sam atau mesra dengan panggilan Sam sahaja menyatakan kejayaan yang dikecapi adalah hasil doa dan sokongan ibunya, Khaty Fauziah serta anggota keluarganya yang lain.
Tapi apa yang manisnya mengenai anak bujang ini adalah, dia mengikut rasmi padi. Semakin berisi semakin tunduk menyembah bumi. Tiada sekelumit perasaan sombong ataupun perasan bagus hanya kerana dikurniakan keistimewaan yang jarang diperoleh anak seni yang lain.
Gelaran satu pengiktirafan
SETIAP nada pertuturannya, di susun dengan penuh hati-hati. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Apa saja pertanyaan yang diajukan sama ada karier atau peribadi, seboleh mungkin dia akan cuba menjawabnya tanpa perlu membuat sesiapa yang mendengarnya terasa sakit hati.
Malah, ada ketika jawapan yang diberikan disulami dengan lawak jenaka spontan membuatkan mereka yang berada di sekeliling pecah perut mendengarnya.
Itulah sifat peribadi Shaheizy Sam yang digemari media dari dulu hingga kini.
Tertanya-tanya juga, tidakkah gelaran Bintang Paling PοрυƖаr baru-baru ini merubah kehidupannya iaitu untuk menjadi lebih eksklusif dan mahal berbanding Sam yang sebelum ini. Sengaja soalan nakal itu dijolok untuk melihat reaksi spontan Sam yang memang diketahui sentiasa berpijak di bumi nyata ini.
“Terus terang, tiada apa perubahan yang berlaku kepada saya. Saya masih seperti Sam yang dulu. Gelaran Bintang Paling PοрυƖаr tidak akan mengubah apa-apa dalam diri saya.
“Saya anggap gelaran itu adalah pemberian peminat yang mengiktiraf hasil kerja saya selama ini.Itu saja,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah ABPBH 2010 yang berlangsung di Holiday Villa Hotel & Suite Subang, Subang Jaya petang kelmarin.
Sebagai Bintang Paling PοрυƖаr ABPBH2010, Sam menerima kereta Nissan Teana 2.0L berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), mutiara putih daripada koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia Mandalay bernilai RM180,000 dan hadiah iringan lain.
Hadiah disampaikan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Baid Mior Shahid dan turut disaksikan oleh wakil penaja ABPBH2010.
Sebuah jawapan yang cukup luhur dari seorang anak seni yang sudah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sebelum namanya berada di puncak. Bagi Sam, tidak ada sebab untuk dia menaikkan nilainya sesuka hati hanya kerana memegang gelaran рοрυƖаr itu.
“Setakat ini saya puas hati dengan bayaran yang mereka berikan di atas hasil kerja saya. Apapun, saya percaya dalam hidup ini kita memerlukan peningkatan.
Namun bagi saya, kalau meningkat pun bagus, tapi kalau boleh kekal pun tetap bagus juga,” katanya yang kini sedang menunggu tayangan filem terbarunya berjudul Kongsi yang akan ditayangkan kepada khalayak pertengahan Mei ini.
Sama ada sedar atau tidak, Sam adalah antara artis yang jarang sekali dilanda gosip panas. Kalau adapun hanyalah sekadar usikan nakal. Tentunya ramai peminat pelakon yang terkenal dengan watak Adnan sempit ini mahu mengetahuinya.
“Saya bukanlah terlalu menjaga diri supaya tidak dikenakan gosip, cuma mungkin saya tidak mendekatkan diri ke arah yang boleh menyebabkan timbulnya gosip.
“Mungkin nasihat mummy serta pengalaman saya melihat sendiri apa yang berlaku pada diri dan orang lain membuatkan saya terpelihara dari sebarang cerita yang bukan-bukan mengenai diri saya,” katanya.
Bakal mencecah angka 29 tahun September depan, Sam masih memegang status single ketika ini. Tidak pernah melihat dia memperkenalkan mana-mana wanita sebagai teman istimewanya.
Tertanya-tanya juga sampai bila Sam mahu berahsia mengenai kisah peribadinya.
“Buat masa ini saya memang tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana gadis. Saya tidak mahu sebarang komitmen kerana tumpuan saya hanyalah pada karier lakonan. Tunggulah, mungkin ketika usia saya mencecah angka 32, barulah saya mahu memikirkan soal jodoh. Siapapun jodoh saya, saya tak kisah. Saya tak pernah memilih,” katanya.
Sam juga menyatakan dia menghormati tugas wartawan dan memahaminya walaupun mereka pernah membangkitkan pertanyaan mengenai hal peribadinya.
“Itu memang kerja anda dan saya memahaminya. Kerana tulisan awak semua, saya di tempat sekarang. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Wartawan perlukan saya untuk mendapatkan bahan berita, saya perlukan wartawan untuk publisiti,” katanya yang cukup bijak memberikan pandangan.
Mahu terbit filem sendiri
PERANCANGAN itu sudah lama ada dalam benaknya namun selepas mendapat persetujuan dari kakaknya, Zizie Ezette, nampaknya hasrat untuk menerbitkan filem sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
“Saya akan bekerjasama dengan kakak untuk menerbitkan filem. Diapun sudah memberikan lampu hijau untuk menguruskannya kerana saya cukup berpengalaman dan mempunyai ramai kawan dalam bidang ini. Saya sudah ada beberapa nama pengarah yang bakal mengarahkan filem sulung ini. Saya akan umumkan kalau semua sudah selesai,” katanya.
Sam memberikan genre komedi sebagai percubaan pertamanya untuk bergelar produser filem.
“Sebenarnya saya memang tidak berapa gemar dengan genre komedi. Namun selepas filem Adnan Sempit barulah sedar lawak yang dibuat oleh karakter Adnan itu sesuai dengan jiwa saya dan seperti itulah yang akan saya perkenalkan iaitu selamba sahaja,” kata Sam lagi.

No comments:

Post a Comment