Free FM Live Radio On9

Free FM Live Radio on9 and world news from various categories of music radio online and news worldwide. The internet radio will be broadcasting and streaming live to your computer. That is the power of online streaming radio!
http://live-radio-on9.blogspot.com/


Gula-Gula, Kumpulan K-Pop Malaysia Dikritik Hebat!




Banyak blog mengkritik kumpulan Gula-Gula yang memperjuangkan muzik K-Pop, tapi tidak pada kami. Tak syok’lah kalau semua kutuk-mengutuk, tiada check & balance.
Berpijak pada bumi yang nyata, fenomena K-Pop mempunyai pengaruh amat besar di Malaysia. Lihat sahaja artis-artis K-Pop telah membanjiri Malaysia seperti 2AM, Wonder Girls & Rain. Mereka semuanya mempunyai peminat yang ramai di Malaysia.
Kumpulan Gula-Gula yang terdiri daripada 6 gadis iaitu Mei Mei, Chacha, Rara, Erwina, Joy & Achie mencuba nasib. Namun, mereka dikritik hebat kerana berpakaian seksi & kononnya tidak mempunyai identiti kerana meniru konsep K-Pop. Mengenai isu seksi, kami tak ambik port sangat. Sebab pada kami, Gula-Gula belum mencapai tahap piawaian seksi mengikut perspektif kami.
Oh ya, dikala ini kami sedang menonton V channel yang memaparkan lagu-lagu Korea. Nak dibandingkan dengan Gula-Gula, memang jauh. Antaranya, pemilihan gadis Gula-Gua yang tidak standardize. Ada yang awesome, tapi ada yang out of shape. Kurang K-pop!
Apatah lagi, Gula-Gula sanggup berpakaian seakan penari kelab dangdut, terutamanya gambar photoshoot seperti di bawah, agak menjengkelkan. Dah macam Rosalinda & the gang. Ha Ha.
Please, don’t wear this kind of wardrobe, next time.

Yang kiri sekali tu, boleh buang tak?
Nampaknya, Gula-Gula harus mengkaji lebih mendalam budaya K-Pop sebelum hadir ke dunia hiburan. Tanpa tahap kecomelan & hotness yang tinggi, Gula-Gula akan menjadi debu-debu yang bertebaran di angkasa raya.
Dari segi keberanian, kami tabik Gula-Gula kerana mereka berani mencuba sesuatu yang baru. Bukan apa, industri hiburan Malaysia memang kekurangan idea-idea baru, yang bisa mewarnai dunia seni. Percubaan berani ini, kalau tidak mempunyai perancangan yang rapi, boleh diibaratkan membunuh diri.
Disebabkan penulis-penulis , terdiri daripada lelaki yang tegar, Gula-Gula disarankan untuk tampil lebih seksi, mengoda. Please do so, we love it!

No comments:

Post a Comment